❀Bacalah dalam bahasamu❀


Animated Rainbow Moustache

Wednesday, May 15, 2013

✿Teori Membaca✿





ஐ1.Teori Memindahkan Kawalanஐ

Teori ini diasaskan oleh La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985). Teori ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas mengatakan aktiviti membaca adalah proses memindah maklumat.

Teori ini mempercayai bahawa pembaca berinteraksi dengan teks bagi tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikiran pembaca dimana pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut. Aktiviti membaca dapat membentuk peningkatan kebolehan pembaca dalam memindahkan maklumat kepada teks.



ஐ2.Teori Membaca Secara Automatikஐ

Teori ini dipelopori oleh La Berge dan Samuel (1974) perkembangan dimana mereka menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Melalui teori ini, wujud perbazaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca.

Teori ini turut meramalkan hubungan yang positif kemahiran pemahaman membaca teks secara automatik dengan latihan yang dijalankan. oleh itu, pembaca yang mempunyai kelebihan membaca secara automatik berpontensi mengawal teks dan mendapat kefahaman yang mendalam. Ketika membaca teks, pembaca perlu menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.




ஐ3.Teori Kecekapan Verbalஐ

Teori ini diperkenalkan oleh Perfelti pada tahun 1985 yang menekankan kemahiran membaca dengan meluaskannya melangkaui proses mentafsirkan kod. Setiap pembaca akan mempunyai profil tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal.

Teori ini berdasarkan kapasiti tanggapan bagi sesuatu pemerhatian, merujuk kepada perhatian dan sumber ingatan yang terdapat dalam diri pembaca yang berhubung dengan pemahaman. Teori ini turut membincangkan sejauh mana sub kompenan membaca berhubung dengan pemahaman dimana pembaca yang tidak cekap akan mudah lupa perkara yang dibacanya, skemata yang terhad dan kekurangan pengetahuan tentang teks yang dibaca.


✿Definisi Membaca✿

Bismillahirrahmanirrahim




Menurut Mahzan Arshad (2008:158), membaca dapat diertikan sebagai satu proses yang dilakukan pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya tersebut sebelum membuat keputusan.

Membaca adalah satu tindakan komunikasi iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambang-lambang bahasa.(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009 : 143)



Anderson dan Pearson (1984) mengatakan bahawa membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. Aktiviti membaca dan memberi makna adalah proses konstruktif dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Membaca juga dilihat sebagai satu proses memilih dan mangambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibacanya.(Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson, 1985)



Bolehkah anda membaca ini?








Kesimpulannya, konsep bacaan adalah lebih luas dan bukan hanya mengenal rangkaian perkataan-perkataanツ

Tuesday, April 30, 2013

Assalamualaikum...

Ahlan Wasahlan...

✿✿✿membaca itu jambatan ilmu✿✿✿

♥♡Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah baca setiap hari,
Tak akan habis ilmu dituntut♥♡



Mari berborak