❀Bacalah dalam bahasamu❀


Animated Rainbow Moustache

Wednesday, May 15, 2013

✿Definisi Membaca✿

Bismillahirrahmanirrahim




Menurut Mahzan Arshad (2008:158), membaca dapat diertikan sebagai satu proses yang dilakukan pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya tersebut sebelum membuat keputusan.

Membaca adalah satu tindakan komunikasi iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambang-lambang bahasa.(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009 : 143)



Anderson dan Pearson (1984) mengatakan bahawa membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca. Aktiviti membaca dan memberi makna adalah proses konstruktif dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Membaca juga dilihat sebagai satu proses memilih dan mangambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan jenis teks yang dibacanya.(Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson, 1985)



Bolehkah anda membaca ini?








Kesimpulannya, konsep bacaan adalah lebih luas dan bukan hanya mengenal rangkaian perkataan-perkataanツ

No comments:

Post a Comment

Mari berborak