❀Bacalah dalam bahasamu❀


Animated Rainbow Moustache

Thursday, May 16, 2013

✿Masalah dalam Membaca✿





✿Faktor Dalaman✿

Psikologi

Faktor psikologi terbahagi kepada dua iaitu kurang minat belajar dan kurang mengambil perhatian semasa sesi pembelajaran dijalankan. Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan pelajar. Hal ini diakui oleh para guru pada masa kini menyatakan bahawa semasa mereka menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran murid yang kurang berminat dengan membaca kurang memberi tumpuan berbanding pelajar yang mempunyai sikap dan tabiat yang suka membaca.



Apabila sikap minat terhadap amalan membaca itu kurang dalam diri seseorang pelajar secara tidak langsung akan memberi kesan negatif terhadap pelajaran mereka. Maka, tidak hairanlah sikap kurang minat terhadap membaca dalam diri seseorang pelajar merupakan terjadinya masalah membaca dalam kalangan pelajar.





Kemahiran membaca sebenarnya memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan seseorang pelajar dengan huruf-huruf dan struktur ayat.Maka, minat dan motivasi amat diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca.

Menurut Sylvia Ashton Warner (1973), satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca dan memotivasikan pelajar membaca dengan menggunakan cerita-cerita yang dibuat oleh pelajar sendiri berdasarkan topik-topik yang diminatinya. Pada kebiasaannya, pelajar akan tertarik kepada sesuatu bahan bacaan yang menarik minat.


ayuh baca!

Maka mereka akan terus membaca walaupun sesuatu bahan bacaan yang dibaca itu dianggap susah berdasarkan peringkat umur mereka. Dalam konteks ini, guru perlu peka terhadap persekitaran yang berlaku di sekeliling pelajar supaya pelajar lebih minat untuk menerapkan minat pembacaan dari awal usia lagi.




Aspek intelektual

Aspek intelektual seperti kecerdasan, kebolehan berbahasa, dan pengalaman sedia ada merupakan salah satu faktor dalaman yang mempengaruhi masalah membaca. Aspek kecerdasan dan kebolehan pelajar membaca saling berkait.

Sekiranya pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan minda yang tinggi, nescaya mereka mampu untuk memberi perhatian dan memahami sesuatu struktur ayat yang dibaca lebih mudah tanpa perlu menggulang dan meneliti berulang kali.

Berbeza dengan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah kerana mereka akan mengambil masa yang lebih lama untuk memahamkan sesuatu bahan yang dibaca.


ayuh baca!

Menurut Roe, Stoodt, dan Burn (1978), pertalian yang rapat antara kecerdasan dan kebolehan membaca ini lebih ketara dalam kalangan pelajar pada peringkat menengah daripada murid peringkat rendah. Perkara ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar di peringkat menengah kerana kecerdasan dan kemampuan untuk memahami struktur ayat yang lebih kompleks dan canggih.

Kesannya, pelajar yang mempunyai tahap kemampuan kecerdasan akal yang rendah akan mengalami kesukaran untuk mengejar dan bersaing dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.





✿Faktor Luaran✿

Fizikal

1)Pendengaran

Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah untuk belajar membaca. Pelajar yang mempunyai masalah pendengaran yang ringan boleh dibantu dengan teknik yang dapat meningkatkan perbendaharaan kata.

Mereka yang mempunyai masalah pendengaran turut akan mengalami masalah untuk membezakan bunyi vokal dan konsonan. Misalnya, murid-murid tidak boleh membezakan antara vokal a dengan vokal e, u dengan o, i dengan e.

Kerencatan pendengaran juga terdapat dalam dua kategori iaitu kerencatan sementara dan kerencatan kekal.





2)Penglihatan

Kebolehan melihat merupakan sesuatu yang sangat penting dalam proses membaca kerana membaca memerlukan keupayaan melihat untuk mengenal pasti kod atau lambang bercetak untuk difahami dalam bentuk maklumat

Juling: menggunakan (fokus) kedua-dua biji mata ke arah yang sama. Hal ini mengakibatkan imej bagi satu benda yang sama kelihatan tidak sama saiz dan bentuknya.

Rabun dekat: tidak dapat melihat pada jarak yang jauh.

Rabun jauh: tidak dapat melihat bagi jarak yang dekat.

Astigmatism: penglihatan yang kabur berpunca daripada kurang fokus cahaya pada salah satu atau kedua-dua hujung retina.

Amblyopiks: satu keadaan imej daripada salah satu biji mata tidak sampai ke otak.



3)Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen.

Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.



Persekitaran

1)Pemakanan

Kekurangan zat makanan dalam diri seseorang boleh menjejaskan perkembangan kognitif berbeza dengan individu yang sentiasa mengambil pemakanan yang secukupnya mengikut cadangan berdasarkan piramid makanan terutamanya pengambilan protein dan vitamin. Hal ini demikian kerana, pengambilan protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu organ mata untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah.


ayuh baca!

Selain itu, ia membolehkan murid-murid menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein, organ dan akal tidak dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan pengambilan vitamin. Vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan kebaikan yang besar kepada badan kerana membantu perkembangan fizikal dan mental dengan lebih baik. Contohnya, lobak merah dan salah satu fungsinya adalah baik untuk mencergaskan tubuh badan dan menguatkan ingatan seterusnya boleh mengurangkan masalah dalam membaca yang dihadapi oleh kanak-kanak.



2)Keluarga

Faktor kurang kasih sayang keluarga terutamanya daripada kedua ibu bapa adalah akan menyumbang impak yang besar dalam perkembangan emosi anak-anak yang seterusnya boleh menjejaskan pembelajaran mereka. Hal ini demikian kerana, kurangnya kasih sayang ini boleh menyebabkan anak-anak terabai tanpa pemantauan dan perhatian yang sepenuhnya dari orang tua mereka amnya kepada ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya.

Oleh itu, masalah ini boleh memberi kesan terhadap pembelajaran mereka kerana tiada didikan dan kasih sayang yang diberikan untuk anak-anak mereka.



3)Kemiskinan

Faktor kemiskinan yang dialami oleh sesetengah murid boleh menyebabkan mereka mengalami kekangan untuk memiliki bahan-bahan yang diperlukan dalam pembelajaran khasnya buku. Dalam memastikan pembacaan seseorang murid berjalan lancar bahan rujukan seperti buku merupakan bahan utama yang harus dimiliki oleh murid-murid kerana buku memudahkan mereka untuk melancarkan bacaan kerana mendapat bantuan daripada ilustrasi mahupun warna.

Oleh itu, murid-murid yang tidak mampu untuk membeli akan memberi masalah untuk diri mereka dalam memantapkan bacaannya.

No comments:

Post a Comment

Mari berborak