❀Bacalah dalam bahasamu❀


Animated Rainbow Moustache

Wednesday, May 15, 2013

✿Teori Proses Membaca✿







i. Bottom Up

Tokoh utama yang banyak mengkaji model ini ialah Gough (1972, 1985). Proses bacaan ini adalah proses membaca dari bawah ke atas atau proses daripada bab-bab bawah sehingga ke atas. Ia juga dikenali sebagai proses bacaan dengan mementingkan bahagian-bahagian yang diperlukan daripada belakang ke hadapan. Model ini menyatakan individu memulakan proses pembacaan apabila matanya mengenal pasti maklumat visual yang tertera dalam teks yang dibacanya melalui siri perbuatan yang berterusan.

Proses ini bermula secara linear iaitu bermula dengan mengecam dan mengenal pasti huruf, menghubungkan ciri-ciri bagi mengenal huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan iaitu fonem, menghubungkaitkan perkataan-perkataan, dan akhirnya menghasilkan proses membina ayat, perenggan dan semantik.



Proses bacaan seperti ini biasanya membolehkan pelajar atau murid membaca bahan bacaan melalui kesimpulan, isi bahan bacaan, dan pembacaan secara keseluruhan. Model ini sangat bermanfaat bagi golongan pembaca yang lemah dalam bahasa pertama dan bahasa kedua. Hal ini demikian kerana golongan ini lebih memfokuskan tahap perkataan bagi teks daripada makna secara global. Contohnya, seorang imam yang sedang membaca khutbah.

♥Visual Teori Bottom-Up ♥

Pemahaman Teks

Membaca Teks Penuh

Membaca perenggan

Membaca Ayat

Membaca Perkatan

Membaca Huruf






ii. Top-Down

Model atas ke Bawah ini berasaskan model psikolinguistik oleh Goodman (1967, 1970) dan Smith (1971, 1978). Proses bacaan ini adalah proses pembacaan dari atas ke bawah. Model ini memberi penekanan terhadap pembaca dan pergerakan bahan bacaannya yang masih lagi bersifat linear tetapi bergerak dari atas ke bawah. Proses ini berbeza dengan proses bottom up kerana proses ini mementingkan bahan bacaan daripada pendahuluan sehinggalah kepada kesimpulan.

Tambahan lagi, teori ini mengemukakan fenomena di mana makna tidak terdapat di dalam teks yang dibaca tetapi makna diberikan oleh pembaca itu sendiri. Demikian hal itu, pembaca akan menggunakan makna dan isyarat bahasa serta pengetahuan bahasa yang sedia ada bagi mengenal pasti perkataan yang dikenali. Hal ini demikian kerana fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat, paragraf, dan keseluruhan bacaan.

Selain itu, perkara penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat penting yang diperoleh semasa melakukan aktiviti bacaan. Proses top down sangat sesuai dengan bahan bacaan yang dianggap ringan seperti novel atau buku-buku cerita lain kerana proses ini mementingkan kepada pemahaman secara keseluruhan makna-makna bahagian. Model Atas ke Bawah ini menunjukkan bahawa pemahaman teks adalah lebih penting berbanding penggunaan bahasa dan maklumat.


♥Visual Teori Top-Down ♥

Pengalaman dan Pengetahuan yang Sedia Ada

Tujuan Bacaan

Pemahaman Teks








iii. Interaktif

Model interaktif merupakan model pembelajaran yang bersifat kognitif. Antara tokoh utama dalam model interktif ialah Stanovich 1980 dan Rumelhart 1990. Berdasarkan model ini, pembaca mendapatkan makna daripada bahan bacaan yang dibaca melalui struktur permukaan bahasa, struktur dalaman bahasa serta melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada.

Proses bacaan ini adalah proses yang memerlukan kawalan atau pencarian pangkalan data atau elemen-elemen kawalan media dengan menggunakan sistem navigasi. Tambahan lagi, proses interaktif ini menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai output.

Model Atas ke Bawah dan Bawah ke Atas boleh timbul secara silih berganti atau serentak dalam proses membaca bergantung kepada pembaca dan juga teks. Model ini mencadangkan pembaca membina makna dengan cara memilih maklumat daripada sumber makna tanpa mematuhi mana-mana arahan. Namun begitu, pembaca hendaklah menggunakan semua peringkat proses membaca.

♥Visual Interaktif ♥

Pengalaman dan Pengetahuan Sedia Ada

Tujuan Bacaan

Pemahaman Teks


Pemahaman teks

Membaca Teks penuh

Membaca Perenggan

Membaca Ayat

Membaca perkataan

Membaca Huruf






iv. Transactional

Penyelidik utama yang yang berasaskan teori transactional ialah Louisw Rosenblatt yang juga merupakan pelopor teori. Beliau dibantu oleh Dewey yang mencadangkan bahawa pembelajaran bukan merupakan interaksi tetapi pembelajaran adalah transaksi. Dalam model transactional ini, membaca merupakan proses membina makna daripada kombinasi pembaca tertentu. Ia merupakan suatu transaksi antara pengarang, pembaca dan teks.

Tambahan lagi, membaca adalah aktiviti memilih iaitu pembaca membawa sikap, jangkaan, dan tujuan untuk setiap teks dan ia membawa kepada makna atau penimbulan. Namun demikian, pendirian-pendirian pembaca akan menentukan pengalaman yang diperoleh daripada teks itu.

Proses transactional juga lebih kepada cara membaca secara selektif. Proses ini sesuai bagi mereka yang memerlukan bahan bacaan yang banyak. Oleh itu, para pembaca hanya akan melihat bahagian-bahagian yang penting sahaja. Proses ini sangat membantu untuk merujuk bahan-bahan bacaan ketika membuat kertas kerja yang disertai tesis dan sebagainya.

♥Visual Teori Transactional ♥






3 comments:

Mari berborak